MSSM Chess Law

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR MSSM 
 
 

1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN CATUR  

2 JENIS PERTANDINGAN 

      2.1 Kategori Individu 

            2.1.1 Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah

            2.1.2 Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah

            2.1.3 Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah

            2.1.4 Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah

            2.1.5 Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah

            2.1.6 Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah 

      2.2 Kategori Berpasukan 

            2.1.1 Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah

            2.1.2 Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah

            2.1.3 Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah

            2.1.4 Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah

            2.1.5 Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah

            2.1.6 Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah 
 
 

3 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN 

      3.1 Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun pertandingan. 

      3.2 Setiap MSS Negeri dibenarkan mendaftar jumlah pemain/pasukan seperti berikut:- 

      Bil Kategori Individu Berpasukan
      JUMLAH
      3.2.1 Lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
      6
      Semua pemain individu ialah pemain berpasukan
      6
      3.2.2 Perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah
      6
      6
      3.2.3 Lelaki berumur 15 tahun dan ke bawah
      6
      6
      3.2.4 Perempuan berumur 15 tahun dan ke bawah
      6
      6
      3.2.5 Lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
      6
      6
      3.2.6 Perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah
      6
      6
 
 
 
 

4 SISTEM PERTANDINGAN 
 

      4.1 Pertandingan ini dijalankan serentak bagi semua kategori. 
 

      4.2 Pertandingan Kategori Individu. 

            Pertandingan Kategori Individu dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss    Pemasangan Terus. 

            4.2.1 Susunan Pemain (Ranking)   

                  Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian      pertandingan MSSM tahun sebelumnya  dan pemain-pemain lain      disusun mengikut  undian. 

            4.2.2 Pemain Penggenap 

            4.2.3 Jumlah Pusingan  

                  Jumlah pusingan permainan ditetapkan seperti berikut: 

              Bilangan Penyertaan
              Bilangan Pusingan
              8 – 16 pemain
              5
              17 – 32 pemain
              6
              33 – 64 pemain
              7
              65 – 128 pemain
              8
 
 

      4.3  Pertandingan Kategori Berpasukan 

5 TEMPOH BERMAIN 

      5.1 Tempoh permainan semua kategori bagi setiap pemain ialah 1 jam 30 minit. 

      5.2 Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya bendera jam salah seorang atau    kedua-dua pemain telah jatuh dengan sah. 
 
 

6 KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN 

      6.1 Mata. 

            Pemain yang menang diberikan 1 mata,  ½  mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain    bye diberikan 1 mata.  

      6.2 Menentukan Keputusan Kategori  Individu. 

            6.2.1 Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan dan     seterusnya. 

            6.2.2 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break)      berikut  hendaklah digunakan.  

                  a) Mata Solkoff / Buchholz

                  b) Mata Sonneborn-Berger

                  c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

                  d) Mata progresif / kumulatif

                  e) Number Of Wins 

                  f) Individual encounter 

                  Keputusan (Standings) yang dikeluarkan  oleh komputer adalah muktamad.  
 

      6.3 Menentukan Keputusan Pertandingan Berpasukan 

            6.3.1 Keputusan kategori berpasukan adalah berdasarkan kepada JUMLAH MATA     PENUH  pemain individu  setiap  kategori. Penjumlahan adalah berdasarkan     kepada jumlah mata 6 pemain terbaik setiap kategori. 

            6.2.3 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break)      berikut  hendaklah digunakan.  

                  a) Mata Solkoff / Buchholz

                  b) Mata Sonneborn-Berger

                  c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

                  d) Mata  progresif / kumulatif 
 

      6.4 Menentukan Johan Keseluruhan. 

            Penentuan adalah berdasarkan kepada pingat emas, perak dan seterusnya. Pasukan    yang mempunyai jumlah pingat emas terbanyak akan dikira johan dan seterusnya.

7 HADIAH 

      Hadiah-hadiah disediakan oleh MSSM seperti berikut:- 

      7.1 Hadiah Kategori Individu.

            Hadiah bagi setiap kategori ialah dari tempat pertama hingga ke sepuluh. ( Top ten ) 

      7.2 Hadiah Kategori Berpasukan.  

            Hadiah bagi kategori berpasukan ialah dari tempat pertama hingga ke empat. 

      7.3 Johan Keseluruhan

            Satu hadiah sahaja disediakan. 
 

8 PAKAIAN 

      8.1 Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian seragam negeri atau identiti pasukan    masing-masing.  Sekiranya tidak ada pakaian seragam negeri atau identiti pasukan, maka    baju/baju-T berkolar hendaklah digunakan. 

      8.2 Setiap pemain hendaklah memakai seluar panjang dan memakai kasut.  Seluar pendek ,    seluar jeans dan selipar adalah dilarang.  

      8.3 Setiap pemain perempuan yang tidak memakai seragam negeri atau identiti pasukan    dikehendaki memakai pakaian yang sopan. 

      8.4 Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu    seperti alatan elektronik, telefon bimbit,  topi, cermin mata hitam dan sebagainya. 
 

9 DEWAN PERMAINAN 

      9.1 Dewan Pertandingan

      9.2 Sempadan Kawasan Permainan

      9.3 Meja dan kerusi

      9.4 Meja Pengurusan Pegawai Pertandingan

            Meja yang secukupnya perlu disedia dan disusun di bahagian hadapan dewan. 

      9.5 Pembesar suara

            Pembesar suara perlu disediakan dan berfungsi sepanjang masa. 

10 ALATAN 

      10.1 Buah Catur 

            Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara   8.5 cm – 10.5 cm. 

      10.2 Papan Catur

11 MENARIK DIRI 

      Rujuk Peraturan 11,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 

12 BANTAHAN 

      Rujuk Peraturan 12,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 

13 JURI RAYUAN 

      Rujuk Peraturan 13,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 

14 LEMBAGA TATATERTIB 

      Rujuk Peraturan 14,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 

15 MAJLIS RASMI 

      Rujuk Peraturan 15,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 

16 KESELAMATAN 

      Rujuk Peraturan 16,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 

17 PENYALAHGUNAAN DADAH 

      Rujuk Peraturan 17,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 

18 KENYATAAN AKHBAR 

      Rujuk Peraturan 18,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 

19  PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 

      Rujuk Peraturan 19,  Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia