MSSPP 2007 Chess Law

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN CATUR MSSPP TAHUN 2007

(MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG) 

Peraturan 1: Kawalan

Pihak MSSPP menguasakan sebuah sekolah atau sebuah jawatankuasa khas untuk mengedalikan Kejohanan Catur ini. 

Peraturan 2: Undang-Undang Permainan

Undang-undang FIDE(Persekutuan Catur Sedunia) akan digunakan di mana-mana aspek yang berkenaan. 

Peraturan 3: Acara-acara Pertandingan

Dua belas acara yang akan diadakan semuanya dibahagikan ke dalam dua kumpulan besar iaitu enam acara perseorangan dan enam acara berpasukan, masing-masing mengikut jantina dan umur seperti berikut:

Bagi kedua-dua kategori di atas, seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan

tingkatan 6 atas dibenarkan untuk mewakili kumpulan umur masing-masing.

 

Peraturan 4: Kelayakan Penyertaan

  1. Acara Berpasukan
  1. Acara Perseorangan

Peraturan 5: Cara-cara Pertandingan

  1. Acara Berpasukan
  1. Acara Perseorangan

Nombor Sistem Berger 

Bilangan Pasukan/peserta 3 atau 4 5 atau 6 7 atau 8
Pusingan 1 [4] – 3; 1 – 2 [6] – 4; 5 – 3; 1 – 2 [8] – 5; 6 – 4; 7 – 3; 1 – 2
Pusingan 2 2 – [4]; 3 – 1 2 – [6]; 3 – 1; 4 – 5 2 – [8]; 3 – 1; 4 – 7; 5 – 6
Pusingan 3 1 – [4]; 2 – 3 [6] – 5; 1 – 4; 2 – 3 [8] – 6; 7 – 5; 1 – 4; 2 – 3
Pusingan 4   3 – [6]; 4 – 2; 5 – 1 3 – [8]; 4 – 2;  5 – 1; 6 –7
Pusingan 5   1 – [6]; 2 – 5; 3 – 4 [8] – 7; 1 – 6; 2 – 5; 3 – 4
Pusingan 6     4 – [8]; 5 – 3; 6 – 2; 7 – 1
Pusingan 7     1 – [8]; 2 – 7; 3 – 6; 4 – 5
 
[4], [6] dan [8] bermakna “bye” dalam pusingan berkenaan apabila bilangan pasukan ialah

3, 5 atau 7 masing-masing. Bagi setiap pemasangan nombor pasukan tersebut di sebelah

kiri papan 1 dan 3 pasukan itu  akan bermain buah putih dan papan 2 dan 4 akan bermain

buah hitam.

 

Peraturan 6: Cara-cara bermain

  1. Acara Berpasukan
  1. Hanya empat daripada enam orang pemain satu-satu pasukan bertanding dalam setiap perlawanan antara dua pasukan, satu permainan bagi setiap papan, dengan berselangan warna putih/hitam menuruni tertib papan. Tertib papan keempat pemain setiap pasukan semestinya dikekalkan dalam semua perlawanan.
  1. Satu mata perlawanan untuk menang(misalnya 4-0,3-, 3-1, 2-1,) setengah mata untuk seri(2-2) dan tiada mata untuk kalah(misalnya 0-4, -3, 1-3, 1-2)
  2. Mata Permainan merupakan jumlah mata yang diperolehi keempat-empat orang pemain dalam satu pusingan, satu mata untuk kemenangan setiap permainan antara dua orang pemain, setengah mata untuk seri dan tiada mata untuk kekalahan.
  3. Jumlah mata permainan satu-satu pasukan akan menentukan kedudukannya. Sekiranya muncul dua pasukan dengan mata permainan yang sama banyak, senarai peraturan berikut akan digunakan sejauh mana yang perlu untuk menetapkan kedudukan akhir.
  1. Pemenang Hadiah Papan akan ditentukan oleh tertib peraturan berikut:

 

  1. Pemenang Piala Sekolah Kecemerlangan Catur akan ditentukan oleh system markah berikut:

Acara Perseorangan

      a) Keputusan permainan antara pemain-pemain berkenaan.

      b) Jumlah kemenangan

      c) Jumlah kemenangan dengan buah hitam

      e) Keputusan perlawanan catur kilat antara pemain-pemain yang berkenaan.

      a) Skor Bucholz iaitu jumlah mata akhir semua lawan.

      c) Keputusan permainan antara pemain-pemain berkenaan, jika ada.

      d) Jumlah kemenangan.

      e) Jumlah kemenangan dengan buah-buah hitam.

      f) Keputusan perlawanan catur kilat antara pemain-pemain berkenaan.

Peraturan 7: Penggunaan Jam Catur

a) Seseorang pemain diberi satu jam sehingga habis. Pemain dengan “bendera” jamnya terjatuh lebih awal akan di anggap kalah kecuali pada masa itu, dia dapat melaksanakan syahmat, maka dia dianggap menang. Lawannya hanya boleh menang kerana masa dengan syarat dia mesti mempunyai kuasa buah catur yang cukup menjamin kemenangan, seperti sekurang-kurangnya satu bidak, pasangan kuda dan gajah dan sebagainya; jika tidak seri akan diisytiharkan. Patut dititikberatkan di sini bahawa hanya pemain sahaja dipertanggungjawabkan untuk sedar akan kejatuhan ‘bendera’ jam lawannya dengan sendirinya dan terus menuntut kemenangan kerana masa; mana-mana pihak lain termasuk arbiter dilarang memberitahu pemain mengenai kejatuhan ‘bendera’ jam. 

Peraturan 8: Hadiah-hadiah

Pihak Majlis akan menyediakan hadiah-hadiah setiap acara mengikut panduan Peraturan AM MSSPP seperti di bawah:

      a) Tiada pertandingan jika kurang daripada tiga orang peserta atau tiga pasukan satu-satu acara. 

Dua hadiah akan dibekalkan, jika tiga atau empat orang orang peserta atau pasukan bertanding

  1. Tiga hadiah akan dibekalkan, jika lima orang peserta atau pasukan bertanding.

   d)Selain daripada hadiah berbentuk pingat, trofi akan diberikan kepada setiap pasukan pemenang.

Peraturan 9: Penarikan Diri

Seseorang pemain yang datang setengah jam lewat untuk mana-mana satu pusingan akan dianggap menarik diri, dan lawannya diberi kemenangan. Jika sesuatu pasukan menarik diri sepenuhnya daripada satu perlawanan(iaitu semua pemainnya tidak dapat hadir) maka semua keputusan yang telah doperolehinya itu akan dibatalkan.

Tindakan serupa itu dianggap menentang semangat kesukanan, dan seharusnya dielakkan. Pihak sekolah yang berkenaan mungkin dikehendaki memberikan penjelasan secara lisan atau bertulis. 

Peraturan 10: Rayuan

Suatu Lembaga Rayuan akan ditubuhkan pada mesyuarat Guru Penasihat catur dengan tujuan mengendalikan sebarang bantahan bertulis terhadap keputusan Ketua Arbiter. Lembaga itu sewajarnya terdiri daripada Pengerusi Teknik catur MSSPP, Setiausaha Pengelola, dan tiga orang guru penasihat daripada tiga buah sekolah yang tidak terlibat. Rayuan bertulis dan yuran RM20.00 mesti disampaikan kepada Setiausaha Pengelola tidak melebihi setengah jam selepas pusingan berkenaan. Yuran itu akan dilucutkan, jika rayuan itu dianggap tidak berpatutan oleh Lembaga. Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad. 

Peraturan 11: Tindakan Tatatertib

Sekiranya terdapat peserta yang sengaja melangggar disiplin atau buruk kelakuannya, tindakan-tindakan berikut dalam tertib keberatan boleh dikenakan terhadapnya:

i)Amaran lisan ii) Penolakan masa daripada jam catur peserta itu atau penambahan masa kepada lawannya iii) Kekalahan diisytiharkan ke atas permainannya iv) Penggantungan sementara v) Penggantungan sepanjang tempoh pertandingan.

      b) Peserta tidak benarkan memukul jam catur dan dinasihatkan menekan jam catur dengan jari.

Peraturan 12: Pencatatan Permainan

Semua peserta dinasihatkan mencatat segala gerakan buah catur secara jelas.

Mulai pusingan ketiga untuk acara perseorangan pencatatan gerakan buah catur adalah wajib sehingga 5 lima minit terakhir untuk peserta-peserta yang bermain di meja 1 sehingga meja 5.

Penuntutan seri yang berdasarkan ulangan tiga kali gerakan memerlukan pencatatan gerakan buah catur.dan penuntutan seri berdasarkan peraturan 50 gerakan memerlukan tanda dicatatkan. 

Peraturan 13: Tugas-tugas Ketua Pasukan

i) Beliau hendaklah mengemukakan senarai pemain pasukannya sebelum permulaan setaip pusingan dan memastikan ketetapan tertib papan-papan pasukannya setiap pusingan. 

ii) Semasa perjalanan pertandingan, beliau berhak menasihati rakannya secara ringkas dalam hal penawaran seri, penyerahan diri atau penerusan permainan tanpa sebarang komen keatas kedudukan catur pada papan. Tetapi keputusan pemain berkenaan adalah muktamad.

iii) Pada akhir perlawanan, beliau hendaklah menandatangani borang keputusan pelawanan dan menyampaikannya kepada arbiter.

iv) Sebarang bantahan bertulis seharusnya disalurkan melalui guru pensihatnya. 

Peraturan 14: Tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola

i) Melantik seorang arbiter dan timbalannya intuk mengendalikan kesemua aspek teknik pertandingan. Mereka akan dibantu oleh penolong-penolong arbiter yang lain.

ii) Mewujudkan keadaan yang memuaskan di dalam Dewan Pertandingan seperti kesenyapan melalui kawalan para penonton, kawasan yang cukup lapang untuk gerak-geri bebas, cahaya yang cukup terang, ederan udara yang nyaman dan sebagainya.

iii) Menyerahkan satu laporan lengkap mengenai pengelolaan pertandingan, termasuk penyata perbelanjaan, keputusan akhirnya semua acara, cadangan-cadangan meningkatkan mutu pengelolaan, pertandingan dan sebagainya, sebulan selepas selesainya pertandingan. 

Peraturan 15: Perkara-perkara yang tidak dinyatakan

Pihak Pengelola boleh memindah atau menambah peraturan, jika muncul keperluan untuk mengatasi sebarang masalah setalah berbincang dengan Pengerusi Teknik catur MSSPP. 

……………………….

En. Khor Bean Hwa

Penyelaras Teknik dan Pembangunan Catur MSSPP

31 Janjuari 2007. 
 

Jadual Pertandingan Kejohanan Catur Ke – 36 MSSPP 2007

TARIKH MASA ACARA PERSEORANGAN
10 April 2007

Selasa

0800 – 0830

0830 – 0930

0930 – 1130

1200 – 1400

1430 – 1630

Para Peserta Melapurkan Diri

Pengurusan Komputer(Pemasangan)

Pusingan Pertama

Pusingan Ke – 2

Pusingan Ke - 3

11 April 2007

Rabu

0830 – 1030

1100 – 1300

1330 – 1530

Pusingan Ke – 4

Pusingan Ke – 5

Pusingan Ke – 6

12 April 2007

Khamis

0830 – 1030

1100 – 1300

Pusingan Ke – 7

Pusingan Ke – 8

TARIKH MASA ACARA BERPASUKAN
17 April 2007

Selasa

0830 – 1030

1100 – 1300

1330 – 1530

Pusingan Pertama

Pusingan Ke – 2

Pusingan Ke – 3

18 April 2007

Rabu

0830 – 1030

1100 – 1300

1330 – 1530

Pusingan Ke – 4

Pusingan Ke – 5

Pusingan Ke – 6

19 April 2007

Khamis

0830 – 1030

1030 – 1200

1200 – 1300

1300

Pusingan Ke – 7

Pengurusan Komputer(Keputusan)

Upacra Penyampaian Hadiah

Jamuan Ringan

 

Perhatian

Untuk Kumpulan Umur Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan jadual pertandingan mungkin berubah jika pusingan-pusingan yang seterusnya boleh dijalankan lebih awal.