MSSM GENERAL RULES

            

PERATURAN-PERATURAN AM
YANG MENGUASAI KEJOHANAN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA 2006

Peraturan 1       :           PENGELOLAAN

Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSM diserahkan kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri atau satu Jawatankuasa Khas MSSM yang dipilih oleh Jawatankuasa Kerja MSSM.

Peraturan 2       :           UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang yang menguasai pertandingan permainan MSSM.

Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM  akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan.

Peraturan 3       :           KELAYAKAN

    1. Peserta

 

      1.   Kelayakan Am.
        1. Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah dan menengah serta sekolah swasta dan sekolah agensi kerajaan lain adalah layak menyertai pertandingan permainan MSSM.

 

        1. Kebenaran penyertaan pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas adalah dihadkan kepada mereka yang mengulang peperiksaan SPM dan STPM satu kali sahaja seperti yang dibenarkan di sekolah kerajaan.
        1. Kejohanan peringkat MSSM hanya untuk warganegara Malaysia. Pelajar yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah, dan negeri sahaja.

 

        1. Kelayakan mewakili negeri adalah mengikut daftar sekolah terkini seseorang pelajar melainkan pelajar sekolah sukan dan akademi permainan kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
      1. Pelajar Sekolah Harian.

 

        1. Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai semua pertandingan  MSSM.
        1. Pelajar Tingkatan 6 Rendah hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Rendah mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah Kerajaan.

 

        1. Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh bertanding dengan didaftarkan dalam peringkat umur 18 tahun mengikut ketetapan yang telah dibuat mengikut peraturan 5 ( Lampiran B).

 

        1. Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah  bantuan  kerajaan adalah dengan mengemukakan salinan surat tawaran rasmi kemasukan ke Tingkatan 6 Rendah serta salinan keputusan peperiksaan akhir Tingkatan 6 Rendah yang disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.
        1. Walaubagaimanapun penyertaan pelajar Tingkatan 6 Atas bukanlah  satu kemestian.

 

      1. Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain
        1. Sekolah  swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan bermaksud sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bergabung serta membayar yuran penuh dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Setiausaha Agung MSSM Negeri untuk membekalkan satu senarai sekolah swasta yang bergabung dengan MSSM Negeri masing-masing kepada Urusetia MSSM pada atau sebelum 15 Februari setiap tahun pertandingan dan senarai tersebut perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa. 

 

        1. Pelajar sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang belajar sepenuh masa di sekolah berkenaan supaya layak bertanding dalam kejohanan MSSM.
        1. Pelajar-pelajar sekolah swasta yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak layak menyertai kejohanan peringkat MSSM.

 

                3.1.3.4    Pelajar yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia layak menyertai pertandingan permainan MSSM dengan syarat pelajar ini berdaftar untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi pelajar Tingkatan 6  Rendah mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah Kerajaan

3.1.3.5    Pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah swasta boleh bertanding dalam kejohanan MSSM dengan mengemukakan salinan keputusan peperiksaan akhir Tingkatan 6 Rendah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.

3.1.3.6    Pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah swasta yang tidak mengikuti kelas Tingkatan 6 Rendah sepenuh masa tidak dibenarkan mengambil bahagian di semua peringkat pertandingan MSSM.

      1. Pelajar Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan.

 

        1.  Pelajar-pelajar yang sedang belajar di Sekolah Sukan Malaysia dan di Akademi  Permainan Kebangsaan hendaklah mewakili negeri asal tempat  ia bersekolah ( sekolah terakhir )  di dalam pertandingan MSSM.
        1. Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri asalnya maka ia dibenarkan mewakili negeri lain dengan syarat MSSM Negeri berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis daripada MSSM Negeri asal pemain.

 

        1. Pelajar yang memasuki semula sekolah harian dari Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakil negeri di mana sekolah terkini pelajar berkenaan sedang belajar. Rujuk Peraturan 3.1.1.4
        1. Pemain yang mewakili MSSM Negeri lain tanpa mendapat kebenaran daripada MSSM Negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding di Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadap MSSM Negeri yang bersalah oleh urusetia MSSM.

 

        1. Pengambilan pelajar Sekolah Sukan Malaysia mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Sekolah Sukan Malaysia dan menjadi tanggungjwab pegawai MSSM Negeri mengambil dan menghantar balik serta mengutamakan keselamatan dan kebajikan peserta.
      1. Pelajar Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia

 

        1. Pelajar Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia tidak boleh mewakili MSSM Negeri dalam Kejohanan MSSM.
        1. Pelajar tersebut boleh dipertimbangkan jika layak untuk mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dalam Kejohanan peringkat sekolah-Sekolah Asean, Asia dan Antarabangsa yang disertai oleh MSSM.

 

    1. Negeri-negeri

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan permainan MSSM. Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada sesuatu ketetapan khas.

Peraturan 4       :           HAD UMUR PESERTA

    1. Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:

 

      1. 18 tahun dan ke bawah
      2. 15 tahun dan ke bawah
      3. 12 tahun dan ke bawah
    1. Kiraan umur  adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

 

    1. Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
    1. Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.

 

    1. Selain daripada yang disebutkan diatas seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya jika pertandingan dijalankan serentak.

4.6          Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan asal jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN KP09/KPPK 09 dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendafataran Negara. Manakala peserta yang sedang memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama perlu menunjukkan dokumen JPN KP11/KPPK 11dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendaftaran Negara.
4.7          Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan  salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.

4.8          Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (Borang R 01 / M 01) secara individu beserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Setiausaha Agung MSSM Negeri masing-masing.

Peraturan 5       :           PENDAFTARAN

    1. Setiap MSSM Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan peserta sebagaimana yang telah ditetapkan ( Rujuk Lampiran A )

 

    1. Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh  menyertai pertandingan di peringkat MSSM melainkan sukan Perahu Layar dalam kategori 18 tahun dengan bilangan pendaftaran seperti berikut ( sila lihat Lampiran B untuk sukan spesifik ):
      1. Permainan mempunyai  pemain 4 hingga 8 orang

Dibenarkan                           :               1 lelaki dan 1 perempuan

5.2.2                       Permainan mempunyai pemain 9 hingga 14 orang
                        Dibenarkan                           :               2 lelaki dan 2 perempuan

5.2.3                       Permainan mempunyai pemain 15 hingga 25 orang kecuali ragbi .                                                       Dibenarkan                                :               3 orang

                5.2.4                       Bagi Olahraga dan Renang - 2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan mengikut bilangan acara yang telah ditetapkan bilangannya dalam peraturan permainan tersebut boleh mewakili MSSM Negeri masing-masing.

    1. Pasukan yang mempunyai peserta perempuan hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih pegawai wanita.

 

    1. Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan di borang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua / Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri dengan cop rasmi.
    1. Jawatankuasa Pengelola akan menyemak dan mengesahkan kelayakan peserta semasa Mesyuarat  Pengurus Pasukan berdasarkan butiran dalam Borang Pendaftaran Individu (R 01, M 01) serta dokumen sokongan tertentu yang lengkap (Lampiran C).

 

Peraturan 6       :           PENGADIL / HAKIM

    1. Setiap MSSM Negeri dikehendaki menghantar pengadil / hakim bertauliah yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran sepertimana bilangan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran A)

 

      1. Sekirannya MSSM Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan khidmat Pengadil / Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Urusetia MSSM .
    1. Jawatankuasa Pengelola pertandingan akan menyediakan elaun bertugas dan kemudahan yang bersesuaian kepada pengadil/hakim semasa berada di sebarang kejohanan kelolaan MSSM.

 

    1. Surat lantikan pengadil akan dikeluarkan oleh urusetia MSSM manakala tuntutan perjalanan Pengadil/hakim ke tempat pertandingan akan ditanggung oleh MSSM Negeri.

Peraturan 7       :           PENGERUSI TEKNIK PERMAINAN MSS NEGERI

    1. Semua MSSM Negeri dikehendaki menghantar Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan  MSSM Negeri / Wakil masing-masing ke Mesyuarat Pengerusi Teknik Permainan berkenaan yang diadakan sebelum Kejohanan Permainan MSSM walaupun tidak menyertai kejohanan tersebut.

 

    1. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM hendaklah menyediakan tempat mesyuarat dan keperluan mesyuarat.

Peraturan 8       :           PEGAWAI PASUKAN

    1. Pegawai Pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah. Jika sekiranya sesuatu pasukan menggunakan khidmat pegawai yang bukan daripada pegawai perkhidmatan pelajaran khasnya jurulatih (pegawai luar), mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai tersebut hanya bertaraf penonton atau pemerhati sahaja. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan.

 

    1. Semua pegawai pasukan (Ketua Rombongan, Pengurus Pasukan dan Penolong, Jurulatih dan pegawai-pegawai lain) hendaklah sentiasa memelihara dan mematuhi etika sebagai seorang pegawai perkhidmatan pelajaran bersesuaian dengan penjawat awam, berimej bersih dan menunjukkan tindak-tanduk serta tauladan yang baik semasa menjalankan tugas.
    1. Semua Pengurus / Pegawai Pasukan MSSM Negeri hendaklah hadir dan memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa pengelola terutama dalam majlis rasmi kejohanan seperti pembukaan rasmi,  taklimat kejohanan, Jamuan rasmi, mesyuarat-mesyuarat dan majlis penyampaian hadiah sebagaimana  yang telah ditetapkan  oleh Jawatankuasa Pengelola.

 

    1. Pengurus / Pegawai Pasukan MSSM Negeri adalah bertanggungjawab dengan tidak meninggalkan kejohanan sebelum tamat, dan mengaturkan perjalanan pasukan pada waktu siang sahaja serta menjaga keselamatan harta benda serta kerosakan semasa menginap di tempat penginapan.

Peraturan 9       :           TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA

Selain daripada kerja-kerja tertentu mengikut Perlembagaan Majlis, tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola adalah seperti berikut :

    1. Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan/pesta setelah berbincang dengan Setiausaha Agung MSSM. Seboleh-bolehnya kejohanan/pesta hendaklah diadakan dalam masa cuti penggal persekolahan.

 

    1. Melantik pegawai-pegawai bertauliah yang diperlukan.
    1. Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang, gelanggang, tempat penginapan, kenderaan dalam bandar, makanan dan lain-lain yang berkaitan dan memberitahu kepada semua negeri nama dan jenis alatan sekurang-kurangnya sebulan sebelum pertandingan dimulakan.
    2. Jawatankuasa pengelola tidak mengenakan sebarang deposit bayaran penginapan dan segala kerosakan akan dituntut oleh pengelola kepada negeri yang disahkan atau terbukti melakukan kerosakan tersebut. 

 

    1. Menjemput semua Setiausaha Agung / wakil MSSM Negeri hadir untuk menyaksikan cabutan undi.
    1. Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dan salinan minit mesyuarat kepada :-

 

      1. Setiausaha Agung MSSM
      2. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan MSSM
      3. Penyelaras Permainan MSSM yang berkenaan.
      4. Pengerusi Teknik Permainan MSSM yang berkenaan.
    1. Mengedarkan segala surat pekeliling dan keputusan rasmi kepada :-

 

      1. Setiausaha Agung MSSM                                                                 ( 3 salinan )
      2. Setiausaha Agung MSSM Negeri                                    ( 3 salinan )
      3. Yang DiPertua MSSM negeri                                           ( 1 salinan )
      4. Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM                       ( 1 salinan )
      5. Penyelaras Permainan MSSM berkenaan                    ( 1 salinan )
      6. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan                      ( 1 salinan )
    1. Segala Keputusan Rasmi kejohanan hendaklah dimaklumkan kepada urus setia MSSM secara bertulis atau lisan melalui penyelaras permainan sebaik kejohanan tamat atau sehari selepas pesta untuk makluman urusetia MSSM.

 

    1. Laporan Pengelolaan beserta dengan akaun perbelanjaan hendaklah dihantar secara rasmi menggunakan format tertentu dalam masa 1 bulan selepas tamat sesuatu kejohanan.

Peraturan 10      :           SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-

    1. Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

 

      1. Pusingan Pertama
        1. Sekiranya 12 atau  lebih  pasukan  mengambil  bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

10.1.1.2                 Johan, Naib Johan, Tempat  Ketiga  dan Keempat dalam pertandingan  tahun  lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan                                     -               Kumpulan A
Naib Johan                           -               Kumpulan B
Ketiga                                    -               Kumpulan C
Keempat                               -               Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

10.1.1.3            Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

      1. Pusingan Kedua (Suku Akhir)

10.1.2.1                 Pemenang 1 dan Pemenang 2  dalam  setiap  kumpulan akan                               masuk  ke pusingan  suku  akhir  dan   pertandingan  akan
                                dijalankan secara kalah mati.

        1. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

 

          1. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7.
          1. Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

 

          1. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

1  
                        
2

3

4

5

6

7

8

10.2.       Cara Liga Tiga Kumpulan

10.2.1.    Pusingan Pertama

10.2.1.1                 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

10.2.1.2                 Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
               
                                                Kumpulan A          -               Johan  tahun lalu
                                                Kumpulan B         -               Naib Johan tahun lalu
                                                Kumpulan C         -               tempat ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian.

10.2.1.3                 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

10.2.2.    Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

10.2.2.1.                Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

10.2.2.2.                Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

10.2.2.3.                Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.

10.2.2.4.                Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.

10.2.3     Pusingan Akhir

10.2.3.1.                Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

10.2.3.2.                Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

10.3.       Cara Liga 2 kumpulan.
               
                10.3.1     Pusingan Pertama

10.3.1.1                 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

10.3.1.2.                Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B

10.3.1.3.                Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi.

10.3.1.4.                Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

10.3.2.    Pusingan kedua

10.3.2.1.                Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.

                10.3.2.2.                                Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

 

 

10.3.3.    Pusingan Akhr                

10.3.3.1.                Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan

10.3.3.2.                Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat.

10.4.       Cara liga Satu Kumpulan

      1. Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian,  pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan . Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

 

      1. Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil bahagian pertandingan tidak akan dilangsungkan.

Peraturan 11      :           MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

11.1.       Pasukan/Peserta yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan tersebut sekiranya melanggar peraturan ini.

11.2.       Sekiranya ada pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan yang berkenaan.

Peraturan 12      :           BANTAHAN

    1. Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.

 

    1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta/pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
    1. Bantahan berhubung dengan permainan dalam acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada

 

      1. Lima belas (15)  minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara pusingan awal
      1. Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat akhir.

 

Walaubagaimanapun tempoh penyerahan dan penyelesaian tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan berkenaan.

12.4.       Semua bantahan acara individu hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan bagi   acara individu sebanyak RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja) dan acara berpasukan RM 300.00 (Ringgit : Tiga Ratus sahaja). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.                                  

12.5        Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
12.6        Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:

12.6.1     Setiausaha Agung MSSM Negeri pengelola
12.6.2     Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
12.6.3     Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM
12.6.4     Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM Negeri pengelola
12.6.5     3 orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar dan tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut.

Peraturan 13      :           JURI RAYUAN

    1. Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) melainkan bagi Olahraga dan Renang.

 

13.1.1.            Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya
13.1.2.            Penyelaras Permainan MSSM
13.1.4.            5 orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar yang tidak
                        terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan
13.1.5             Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan    -               Ex-Officio

    1.        Juri Rayuan bertanggungjawab untuk

 

      1. Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai-pegawai kejohanan

                yang berkenaan bagi semua perkara kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut:

        1. Memberi amaran
        2. Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
        3. Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta
        4. Mengarahkan pemain dihantar pulang
        5. Menghantar laporan kepada MSSM Negeri berkenaan supaya mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai oleh Persatuan Sukan   Kebangsaan.

 

      1. Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSM secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dengan membuat cadangan yang sewajarnya untuk tindakan lanjut.
      1. Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSM Negeri atau MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Permainan yang berkenaan.

 

    1. Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan termasuk Lembaga Tatatertib dan keputusannya adalah muktamad.

Peraturan 14      :           LEMBAGA TATATERTIB

    1. Lembaga ini terdiri daripada

 

      1. Timbalan Ketua Pengarah (JPJS/Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya
      2. Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau wakilnya.
      3. Yang Di Pertua MSSM Negeri Pengelola atau wakilnya.
      4. 3 orang Setiausaha Agung MSSM Negeri yang tidak terlibat dengan kes tersebut.
      5. Setiausaha J/Kuasa Pengelola                –              Ex-Officio.

14.2        Lembaga ini bertanggungjawab untuk mengambil maklum keputusan Juri Rayuan dan membuat  keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu.

Peraturan 15      :           MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN

15.1.       Semua pegawai dan peserta pasukan MSSM Negeri yang menyertai pertandingan permainan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri
                                                                                                                                                  
                15.1.1.            Majlis Pembukaan Rasmi
                15.1.2.            Jamuan Rasmi sempena kejohanan
                15.1.3             Taklimat dan mesyuarat-mesyuarat
                15.1.4.            Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian hadiah.

      1. Jika terdapat MSSM Negeri yang tidak mematuhi peraturan ini tanpa sebab munasabah, tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia MSSM serta Pengarah Peelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan diambil terhadap pengurusan pasukan.

 

Peraturan 16            :     KESELAMATAN

16.1.       Semua pegawai dan peserta MSSM Negeri yang menyertai kejohanan permainan MSSM hendaklah dilindungi insurans.

16.2.       Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku :

      1. semasa perjalanan pergi dan balik
      2. semasa kejohanan dijalankan
      3. di dalam dan di luar kawasan venue
      4. di tempat-tempat penginapan

 

Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

16.3.       Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.

Peraturan 17                  :PENYALAHGUNAAN DADAH   
 

    1. Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti penyalahgunaan dadah Merbahaya adalah diharamkan.
    1.  Ujian Pengesanan (Doping Test) boleh dijalankan secara rambang kepada peserta oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM.

 

Peraturan 18      :           KENYATAAN AKHBAR

18.1        Semua pegawai atau peserta yang menyertai kejohanan permainan MSSM dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar / media elektronik, cetak kecuali dengan kebenaran. Kenyataan akhbar akan dibuat oleh Pegawai dari JPJS atau Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

    1. Kenyataan akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai pasukan.

 

Peraturan 19      :           PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

    1. Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi. Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan tersebut hendaklah juga dipatuhi.

 

    1. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

Lampiran Bersama Peraturan Am MSSM 2006

Lampiran A:          Pecahan Bilangan Pegawai Kontinjen MSSM Negeri

Lampiran B:          Pecahan Bilangan Pemain Tingkatan 6 Atas

Lampiran C:         Dokumen Sokongan Yang Perlu Diserah Bersama Borang R 01 & M 01

Lampiran D:         Kalenda Aktiviti MSSM 2006

Contoh Borang R 01 & M 01, R 02 & M 02

 

 

Disediakan oleh

Jawatankuasa Teknik & Pembangunan Sukan MSSM
Peraturan Am MSSM 2006 Versi 1.5
30 November 2005